fb fb fb fb fb

Falcon 9 sedia ke angkasa lepas - FAA

Falcon 9 SpaceX mengorbit di angkasa lepas selepas berlepas dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California/ REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 26 Julai- Roket Falcon 9 SpaceX telah dijadualkan untuk ke angkasa lepas oleh pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat selepas ia dihalang berikutan kegagalan penerbangan yang jarang berlaku, kata pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada Khamis.

Bagaimanapun FAA berkata, ia tidak menemui sebarang isu keselamatan awam dalam anomali yang berlaku semasa pelancaran 11 Julai lalu yang gagal dan roket itu boleh kembali ke operasi penerbangan sementara siasatan keseluruhan diteruskan.

SpaceX menerusi satu hantaran di X berkata, ia bersedia untuk membawa pulang roket itu paling awal pada Sabtu, 27 Julai.

Falcon 9, merupakan roket yang paling banyak digunakan di dunia, namun salah satunya pecah di angkasa dan memusnahkan muatan satelit Starlink. Ia merupakan kegagalan pertama dalam lebih tujuh tahun roket yang dipercayai oleh industri angkasa lepas global.

SpaceX dalam satu kenyataan berkata, berlaku kebocoran oksigen cecair yang menyebabkan penyejukan berlebihan pada salah satu komponen enjin dan merosakkan perkakasannya.

"Berlaku keretakan pada pengesan tekanan," ia dikenal pasti sebagai punca kebocoran dan kegagalan pada enjin peringkat kedua akan dialih keluar untuk pelancaran jangka terdekat, tambah SpaceX.

Falcon 9 adalah satu-satunya roket Amerika Syarikat yang mampu menghantar kru NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa. NASA menjangkakan untuk melancarkan misi angkasawan seterusnya pada Ogos, dengan kapsul angkasawan Crew Dragon SpaceX.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI