fb fb fb fb fb

10 maut, sembilan dilapor hilang akibat banjir, tanah runtuh di utara Vietnam

Foto: AFP

HANOI, 26 Julai- Banjir kilat dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh ribut tropika Prapiroon telah menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan sembilan orang hilang minggu ini di utara Vietnam, kata agensi pengurusan bencana kerajaan pada Jumaat.

Ribut di Quang Ninh pada Selasa membawa hujan lebat ke sebahagian besar utara Vietnam, dengan taburan hujan melebihi 300mm di beberapa bahagian.

Tujuh kematian dicatatkan di wilayah Son La, dua di wilayah Dien Bien, dan satu di ibu negara Hanoi, menurut agensi itu.

Foto di media kerajaan menunjukkan air banjir telah naik ke bumbung ratusan rumah di wilayah Dien Bien Bien dan dihanyutkan serta mengakibatkan jalan tertimbus di kawasan itu.

Banjir dan tanah runtuh juga telah menenggelamkan hampir 30,000 hektar padi dan tanaman serta membunuh hampir 20,000 lembu dan ayam ternakan, kata agensi itu.

Menurut agensi cuaca negara, hujan telah reda di utara Vietnam dan meramalkan gelombang haba baharu di kawasan itu dalam beberapa hari berikutnya.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI