fb fb fb fb fb

Hampir 300,000 penduduk dipindahkan akibat taufan Gaemi

Orang ramai berpayung ketika meninggalkan hospital kanak-kanak di Beijing/ REUTERS

BEIJING, 26 Julai- Pihak berkuasa memindahkan hampir 300,000 penduduk dan menghentikan sementara pengangkutan awam merentasi timur China pada Jumaat. ketika Taufan Gaemi membawa hujan lebat yang sudah menyebabkan lima kematian di Taiwan berdekatan.

Gaemi merupakan taufan terkuat yang melanda Taiwan dalam tempoh lapan tahun apabila ia melanda pada Khamis dan membanjiri bahagian bandar kedua terbesar di pulau itu.

Taufan Gaemi memburukkan lagi keadaan hujan bermusim di Filipina dalam laluannya ke Taiwan.

Menurut data polis yang dikeluarkan pada Jumaat kejadian berkenaan pada hari Jumaat mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan 30 individu.

Sementara itu sebuah kapal tangki yang membawa 1.4 juta liter bahan api karam di pantai lepas Manila pada Khamis. Pihak berkuasa dalam usaha menyelamatkan kawasan persekitaran supaya tidak mengakibatkan pencemaran marin di lokasi kejadian.

Bagaimanapun taufan berkenaan mula lemah apabila tiba di wilayah Fujian timur China sebelum pukul 8.00 malam waktu tempatan pada Khamis, kata media kerajaan.

Ketika ini China mengalami musim panas dengan cuaca ekstrem, dengan hujan lebat merentasi timur dan selatan negara itu.

Menurut saintis pelepasan gas rumah hijau dikatakan menjadi penyumbang kepada perubahan iklim dan menjadikan cuaca ekstrem di seluruh dunia.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI