fb fb fb fb fb

Facebook, Instagram alami gangguan perkhidmatan

FOTO REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 5 Mac- Platform media sosial, Facebook dan Instagram milik Meta Platforms Inc (Meta) dilapor mengalami gangguan perkhidmatan ketika ini yang menjejaskan lebih 300,000 pengguna, menurut laman web penjejakan gangguan Downdetector.com.

Jelas pihak itu, terdapat lebih daripada 300,000 laporan gangguan diterima oleh Facebook, manakala lebih 40,000 laporan untuk Instagram.

Difahamkan, terdapat juga gangguan terhadap WhatsApp dengan 200 laporan diterima oleh Downdetector.com.

Sementara itu, jurucakap Meta, Andy Stone menerusi X berkata, pihaknya sedang berusaha menyelesaikan gangguan terbabit.

"Kami sedar orang ramai menghadapi masalah untuk mengakses perkhidmatan kami. Kami sedang mengusahakannya sekarang," katanya.

Gangguan berkenaan menjadi antara topik paling popular di X dengan beberapa pengguna mengatakan mereka secara tiba-tiba terkeluar daripada platform media sosial milik Meta. -Reuters

0603 META PROBLEM FB
Pengguna di Malaysia turut mengalami gangguan sama apabila secara tiba-tiba terkeluar daripada platform Facebook dan gagal diakses semula/Insuh Hahsia

SITI AISHAH MD ISA