AMERIKA SYARIKAT, 6 Mac- Facebook dan Instagram milik Meta telah disandarkan pada Selasa selepas mengalamai gangguan selama lebih dua jam disebabkan oleh isu teknikal. Perkara itu memberi kesan kepada pengguna di seluruh dunia.
Gangguan bermula pada kira-kira pukul 10.00 pagi waktu tempatan apabila ramai penggunan menggunakan aplikasi X apabila tidak boleh mengakses facebook dan instagram.
Majlis Keselamatan White House sedang memantau kejadian itu dan tidak mengetahui sebarang aktiviti siber, kata seorang jurucakap.
Ketika gangguan itu berlaku lebih 550,000 laporan gangguan untuk Facebook dan kira-kira 92,000 laporan untuk Instagram, menurut laman web Downdetector.com.
"Isu teknikal menyebabkan orang ramai mengalami kesukaran untuk mengakses beberapa perkhidmatan kami. Kami menyelesaikan isu itu... untuk semua orang yang terjejas," kata jurucakap Meta, Andy Stone dalam satu hantaran di X.
Saham Meta turun 1.2% dalam dagangan berikutan perkara itu.
Syarikat itu mempunyai kira-kira 3.19 bilion pengguna aktif harian di seluruh dunia termasuk WhatsApp dan Threads.
Aplikasi untuk WhatsApp Business juga menghadapi masalah serupa
Menurut Downdetector gangguan untuk WhatsApp dan Threads adalah jauh lebih kecil.
Beberapa pekerja Meta berkata mereka tidak dapat log masuk ke sistem kerja dalaman mereka hingga menyebabkan mereka tertanya-tanya sama ada mereka telah diberhentikan, menurut catatan yang dilihat oleh Reuters.- REUTERS
Artikel berkaitan:
Facebook, Instagram alami gangguan perkhidmatan