fb fb fb fb fb

EU sekat bank Rusia daripada SWIFT

GAMBAR HIASAN

BRUSSELS, 3 Mac- Kesatuan Eropah pada Rabu menyekat tujuh bank Rusia daripada sistem pembayaran SWIFT serta melarang syarikat media tempatan Russia, RT dan Sputnik daripada menjalankan penyiaran dalam blok negara itu.

Langkah-langkah tersebut berkuat kuasa serta-merta, dan ia adalah sekatan terbaharu yang diselaraskan Barat ke atas Rusia kerana pencerobohannya ke atas Ukraine, yang memasuki hari kelapan.

“Dengan pantas, Kesatuan Eropah telah menerima pakai tiga gelombang sekatan berat terhadap sistem kewangan Rusia, industri berteknologi tinggi dan golongan elitnya yang terlibat rasuah," kata ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dalam satu kenyataan.

(Tujuh bank Rusia disekat oleh EU daripada sistem SWIFT)

Hukuman kumulatif sepanjang minggu lalu, turut menyasarkan Presiden Rusia Vladimir Putin, menteri dan oligarki yang menyokong pemerintahannya serta bank pusat Rusia, telah menyebabkan tekanan ekonomi terhadap Rusia.

Tetapi setakat ini tidak ada tanda-tanda ia boleh menghalang Putin daripada meningkatkan serangannya ke atas Ukraine.- AFP

Media Baharu