fb fb fb fb fb

Harga minyak dunia cecah AS$113 setong

(Gambar AFP)

HONG KONG, 2 Mac- Harga minyak melepasi AS$113 setong dan pasaran saham menjunam apabila pelabur semakin bimbang dengan kesan perang Ukraine terhadap bekalan tenaga global dan pemulihan ekonomi.

Pencerobohan Vladimir Putin ke atas negara jirannya itu menyebabkan pasaran global bergolak sepanjang minggu lalu, meningkatkan kebimbangan inflasi lebih tinggi dan dasar monetari bank pusat yang lebih ketat.

Krisis itu menyaksikan beberapa negara mengenakan pelbagai sekatan terhadap Moscow yang memencilkan Russia dan mengancam akan menjejaskan ekonominya.

Tindakan itu menyebabkan ketidaktentuan yang ketara dalam pasaran dengan bekalan komoditi penting termasuk logam dan bijirin terkesan.

Namun, sumber utama kebimbangan pelabur adalah minyak mentah, yang naik mendadak sejak Russia mula bersedia untuk melakukan pencerobohan.

Harga minyak Brent mencecah AS$110 buat kali pertama sejak 2014, manakala West Texas Intermediate (WTI) bergerak menghampiri angka itu.

Dalam dagangan Asia pada sebelah petang, harga minyak Brent meningkat setinggi AS$113.02 dan WTI memuncak pada AS$111.50.

Sekatan yang akan datang mencetuskan kebimbangan bahawa eksport akan disekat dari Russia, pengeluar minyak ketiga terbesar dunia.

Konflik di Eropah Timur itu berlaku ketika harga minyak sudah sedia melonjak berikutan bekalan yang sempit dan pemulihan kukuh permintaan global apabila ekonomi mula dibuka semula daripada penutupan akibat pandemik.

Pedagang akan memerhati dengan penuh minat mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar utama lain, termasuk Russia, yang akan membincangkan sama ada untuk menaikkan ouput bagi membendung kenaikan harga yang menyebabkan inflasi melonjak.

Dalam ucapan pada State of the Union, Presiden Joe Biden berkata, Amerika Syarikat (AS) akan menyertai perjanjian 30 negara untuk mengeluarkan 60 juta tong bagi membendung kenaikan harga minyak.

Namun, penganalisis memberi amaran langkah sedemikian hanya memberikan impak yang kecil.

Harga minyak menambah kebimbangan mengenai inflasi yang berada pada paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun di AS dan menjejaskan kewangan rakyat negara itu walaupun ekonomi sedang meningkat semula daripada kejutan pandemik.

Namun, krisis Ukraine memberikan satu lagi masalah kepada Rizab Persekutuan (Fed) yang terpaksa memikirkan semula rancangannya untuk menaikkan kadar faedah bagi membolehkan harga pengguna terkawal.

 

(Bursa Saham New York pada 24 Februari 2022 dilaporkan terjejas selepas Rusia memulakan serangannya ke atas Ukraine/AFP)


Bank pusat itu dijangka menaikkan kadar faedah bulan ini dan tujuh kali lagi sebelum akhir tahun.

Bagaimanapun, pemerhati berkata ia dijangka membuat keputusan lebih berhati-hati kerana bimbang langkah itu boleh menjejaskan pemulihan

Ia telah dijangka secara meluas akan meningkat pada bulan ini dan kemudian sehingga tujuh kali ganda lagi sebelum akhir tahun

"Isu rantaian bekalan dan tekanan inflasi akan menjadi perhatian ramai pelabur di seluruh dunia.

"Perkara-perkara ini hampir pasti akan merumitkan tugas yang dihadapi oleh bank pusat dalam usaha memerangi inflasi."menurut Ketua Pegawai Pelaburan Tetap, T.Rowe Price, Andy McCormick.

Pasaran Wall Street dan Eropah jatuh pada hari Selasa dan sebahagian besar negara Asia turut mengalami kejatuhan walaupun tidak begitu ketaradengan penurunan peratusan yang besar.

Tokyo, Hong Kong dan Manila kerugian lebih satu peratus, manakala Mumbai susut dua peratus termasuk di Shanghai, Singapura, Taipei, Jakarta, Bangkok dan Wellington. -AFP

Media Baharu