fb fb fb fb fb

Hampir seminggu pencerobahan, Rusia terus berdepan tekanan seteru

(Tentera simpanan Ukraine berkumpul di Zon Pertahanan di luar bandar Kiev. Gambar diambil pada 24 Feb 2022/AFP

KIEV, 2 Mac- Berikut kemas kini konflik Rusia – Ukraine selepas enam hari tentera Rusia memulakan serangan di Kiev, seterusnya Kharkiv, Ukraine.

-KHARKIV DIKEPUNG-

Tentera udara Rusia mendarat di bandar ke dua Ukraine, Kharkiv cetus pertempuran antara pasukan tentera kedua-dua negara – Kenyataan tentera Ukraine.

-KECAMAN BIDEN-

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melabel Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai ‘diktator’ dalam ucaptama sulung ‘State of Union’ dan menegaskan Rusia berdepan pengasingan ekonomi dan diplomatik lebih serius.

Biden turut mengumumkan pesawat dari Rusia tidak akan dibenarkan berada di ruang udara Amerika Syarikat.

-SERANGAN UDARA DI UTARA-

Rusia menggandakan kempen pengeboman sehingga mengenai menara utama penyiaran televisyen Kiev dan dua buah bangunan kediaman di barat laut Kiev serta ibu pejabat kerajaan tempatan di Kharkiv.

-BARISAN HADAPAN DI KEPUNG-

Kherson bandar Laut Hitam dikepung tentera Rusia manakala pelabuhan dan stesen kereta api kini berada bawah pengawasan tentera, menurut Datuk Bandar Kherson.

Serangan tentera Rusia menyebabkan pelabuhan strategik Laut Hitam, Mariupol tiada bekalan elektrik.

(Mayat tentera Rusia terbaring di perkarangan sebuah sekolah selepas pertempuran dengan tentera Ukraine di Kharkiv pada 28 Feb 2022/AFP)

-PENDUDUK MELARIKAN DIRI-

Lebih 677,000 orang penduduk meninggalkan Ukraine sejak pencerobohan tentera Rusia, menurut data agensi pelarian PBB dengan jumlah sebenar terus meningkat secara mendadak.

-MAHKAMAH PBB ADAKAN PERBICARAAN PERANG-

Mahkamah Keadilan Antarabangsa dijadual mengadakan perbicaraan pembunuhan beramai-ramai atau ‘genosid’ berhubung konflik di Ukraine pada 7 dan 8 Mac ini.

-MEDIA BEBAS DISEKAT-

Rusia menyekat operasi Saluran TV bebas dan stesen radio liberal dan memperketat penerbitan media secara maya berkaitan perang.

-SYARIKAT KELUAR DARI RUSIA-

Banyak syarikat Barat umum mengurangkan jaringan perniagaan dengan Rusia, termasuk tiga syarikat perkapalan terbesar dunia serta firma tenaga Eni, ExxonMobil dan Boeing.

-PENGELUARAN WANG TUNAI-

Penduduk Rusia bergegas mengeluarkan wang tunai selepas pengenalan kawalan modal dan mata wang tempatan (ruble) merekodkan paras terendah berbanding dolar.

-EU UMUM LEBIH BANYAK SEKATAN-

Kesatuan Eropah melarang penyiaran bahan media RT dan Sputnik di blok kesatuan itu.

-HARGA BAHAN API MELONJAK-

Harga petrol naik mendadak melepasi AS$110 setong, meskipun anggota Agensi Tenaga Antarabangsa bersetuju untuk melepaskan 60 juta tong daripada stok simpanan. -AFP

Media Baharu