BELGRADE, 23 Ogos - Empat kanak-kanak antara enam individu yang terkorban dalam kebakaran di kediaman mereka di Novi Sad, Serbia.
Menteri Dalam Negeri Serbia, Ivica Dacic berkata, kebakaran bermula sekitar 3 pagi waktu tempatan dan kesemua mangsa dipercayai merupakan ahli keluarga yang sama.
Mangsa dikenal pasti berusia 29 tahun, 23 tahun serta empat orang kanak-kanak berusia antara dua hingga tujuh tahun.
Kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh yang singkat bagaimanapun kesemua mangsa tidak berjaya diselamatkan.
Menteri menyatakan bahawa kebakaran itu dipercayai berpunca daripada skuter elektrik yang sedang dicas.
Dacic juga berkata bahawa kementerian dalam negeri berkata, pihaknya kini sedang bekerja keras untuk mengenal pasti semua faktor yang menyebabkan tragedi itu. - AFP