fb fb fb fb fb

4.5 juta penduduk terjejas banjir teruk di Bangladesh

Menurut Indeks Risiko Iklim Global, Bangladesh adalah antara negara yang paling terdedah kepada bencana dan perubahan iklim/Foto AFP

DHAKA, 23 Ogos - Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 4.5 juta yang lain terjejas akibat banjir dan hujan lebat di timur Bangladesh.

Menurut Kementerian Pengurusan dan Bantuan Bencana, pasukan mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran untuk menghulurkan bantuan kerana jumlah mangsa yang terjejas terlalu ramai.

Hampir 190,000 penduduk telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara selepas banjir melanda 64 daerah di negara ini.

Menurut Indeks Risiko Iklim Global, Bangladesh adalah antara negara yang paling terdedah kepada bencana dan perubahan iklim.

Secara keseluruhan, 11 daripada 64 daerah di negara itu telah terjejas kerana banjir

Feni, yang terletak kira-kira 100 kilometer dari barat laut pelabuhan utama Chittagong, merupakan kawasan yang paling teruk terjejas.

Penduduk menyatakan banjir kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 20 tahun.

Daerah Moulvibazar, Habiganj, Comilla, dan Chittagong juga terjejas, dengan lima sungai utama dilaporkan berada di paras bahaya.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (FFWC) menjangkakan keadaan akan menjadi lebih buruk dalam tempoh 24 jam akan datang, dengan paras air dijangka terus meningkat. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN