fb fb fb fb fb

Enam sekeluarga dibunuh dalam kejadian tembak di kawasan luar bandar Mexico


FOTO AFP


SILAO, 31 Januari- Enam sekeluarga dibunuh di kawasan penempatan luar bandar di Guanajuato, Mexico, antara yang paling ganas di negara itu, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Menurut kenyataan pejabat pendakwa raya, dalam kejadian tembakan pada sebelah malam Sabtu berkenaan, empat lelaki dan dua wanita berusia antara 24 dan 73 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan dalam sebuah bangunan.

Kenyataan berkenaan turut menafikan laporan awal bahawa seorang bayi adalah antara yang maut.

Ia adalah serangan kelima dalam tempoh empat bulan yang berlaku di kawasan luar bandar di Guanajuato.

Guanajuato merupakan kawasan perindustrian menempatkan kilang penapisan minyak, bertukar menjadi salah satu tempat yang paling ganas di Mexico akibat pertikaian di antara kartel dadah Santa Rosa de Lima dan Jalisco New Generation.

Siasatan awal di tempat kejadian menemukan pembungkus plastik dengan tulisan yang merujuk kepada kumpulan penjenayah yang dipercayai bertanggungjawab melakukan pembunuhan berkenaan.

Kedua-dua kumpulan itu bersaing untuk menguasai kegiatan pengedaran dadah dab bahan api di negeri itu.

Sejak Disember 2006, kumpulan-kumpulan bertelagah melalui rekod rasmi didakwa melakukan lebih 340,000 pembunuhan, selepas kerajaan melancarkan operasi ketenteraan anti dadah.- AFP

Media Baharu