PORT LOUIS, 4 Mac- Enam individu dilaporkan maut dalam kebakaran semasa upacara keagamaan di Mauritius, pada Ahad.
Kebakaran berlaku apabila pedati kayu dan buluh yang membawa patung dewa Hindu terbakar selepas bersentuhan dengan wayar elektrik yang terdedah, kata pesuruhjaya polis Anil Kumar Dip.
“Kebakaran itu mengorbankan enam nyawa dan menyebabkan tujuh lagi cedera termasuk seorang dalam keadaan serius,” katanya.
Penganut Hindu berkenaan berjalan kaki ke tasik Grand Bassin, yang dianggap suci oleh masyarakat Hindu di negara kepulauan Afrika timur itu, menjelang perayaan Shivaratri pada 8 Mac.-AFP