fb fb fb fb fb

Gunung berapi Galapagos meletus di pulau tidak berpenghuni

Kementerian Alam Sekitar Ecuador mengesahkan tiada tanda bahaya ditunjukkan kerana gunung berapi itu terletak pada pulau tidak berpenghuni / Foto Reuters

QUITO, 4 Mac - Gunung berapi La Cumbre di Ecuador, sebahagian daripada kepulauan Galapagos telah mula meletus, lapor kerajaan negara Amerika Selatan itu pada Ahad.

Kementerian Alam Sekitar Ecuador mengesahkan tiada tanda bahaya ditunjukkan kerana gunung berapi itu terletak pada pulau tidak berpenghuni.

"Pelepasan gas dan anomali terma dikesan melalui sistem satelit," kata kementerian itu dalam satu kenyataan, sambil menambah walaupun mereka akan terus memantau gunung berapi itu, letusan itu tidak akan menjejaskan pelancongan ke pulau-pulau itu.

La Cumbre di pulau Fernandina merupakan salah satu daripada kebanyakan gunung berapi aktif di Galapagos, yang hampir 1,000 km (600 batu) dari tanah besar Ecuador.

Gunung berapi itu kali terakhir meletus pada 2020, berikutan aktiviti selama beberapa tahun. Letusan ini berkemungkinan lebih besar daripada letusan sebelum ini, kata pihak berkuasa.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN