fb fb fb fb fb

Empat pelajar Afghanistan pamer kreativiti bina kenderaan sendiri bernilai AS$1,400

Empat pelajar Afghanistan membina kenderaan sendiri di Balkh/ FOTO Asiavision

AFGHANISTAN, 7 Disember - Empat pelajar di daerah Balkh di sini berjaya mencipta dan membina sebuah kenderaan sendiri menggunakan material asas.

Keempat-empat remaja lelaki berkenaan menghabiskan kira-kira 100,000 Afghanis atau AS$1,400 bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Pembinaan kereta berkenaan mengambil masa 40 hari untuk disiapkan.

Remaja berkenaan berkata, mereka berharap agar kerajaan negara itu dapat memberi sokongan kepada program yang menggalakan kreativiti dalam kalangan belia.

Menggunakan bahan-bahan paling asas, kenderaan tersebut dapat digunakan bagi membawa penumpang dengan berat maksimum 1 tan.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan, Balkh berkata memberi jaminan pihaknya akan menyokong proses inovasi dalam kalangan belia di daerah tersebut.

Inovatif yang dilakukan kumpulan remaja berkenaan dilihat sebagai desakan yang semakin meningkat daripada golongan belai negara itu agar kerajaan Afghanistan dapat menubuhkan pusat kajian bagi membolehkan inovasi dan perkara berkaitan dapat direalisasikan di negara berkenaan.-Asiavison

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD