fb fb fb fb fb

Empat maut, runtuhan bangunan kediaman di Beirut

Pemandangan bangunan runtuh di Beirut, Lubnan lewat Isnin./ Foto: X @galpalpheebs

BEIRUT, 20 Februari- Empat orang terbunuh apabila bangunan kediaman runtuh di selatan Beirut, menurut tentera Lubnan hari ini sehingga mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan perumahan selepas empat tahun krisis ekonomi.

Selain itu, empat orang mangsa turut diselamatkan ketika pasukan kecemasan tiba, dibantu oleh tentera sedang mencari mangsa yang terselamat hingga awal pagi, tambah tentera.

Keruntuhan bangunan petang semalam adalah kejadian kedua yang berlaku pada bulan ini di bandar satelit Beirut, Choueifat.

Bagaimanapun, tragedi sebelum ini tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa.

Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International menggesa pihak berkuasa Lubnan untuk "segera menilai keselamatan bangunan di seluruh negara".

Jelasnya, sehingga kini ribuan orang masih tinggal di 'bangunan tidak selamat' di bandar utama Tripoli di utara Lubnan lebih setahun selepas struktur itu tidak begitu kukuh disebabkan gempa bumi besar yang berlaku di Turkiye dan negara jiran Syria.

Ekonomi Lubnan mula jatuh pada akhir 2019, sehingga menjerumuskan sebahagian besar penduduk ke dalam kemiskinan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB).

Banyak struktur yang didiami berada dalam keadaan rosak teruk dan pembinaan semula diabaikan secara meluas. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI