fb fb fb fb fb

Empat maut, bot pendatang karam di Greece

Foto Fail/ REUTERS

ATHENS, 16 Oktober- Greece menemui mayat empat pendatang yang maut dan menyelamatkan 27 yang lain selepas bot mereka karam di luar pulau Kos di tenggara Laut Aegean, kata pengawal pantai Greece lewat semalam.

Tiga kapal pengawal pantai dan sebuah kapal komersial sedang mencari lebih ramai mangsa di kawasan itu, tambahnya.

Dalam kejadian berasingan awal hari ini, sebuah kapal kargo menyelamatkan 96 pendatang selepas bot mereka karam di pulau kecil Gavdos, berhampiran pulau Crete di Laut Mediterranean, kata pengawal pantai.

Ia berkata salah satu kapalnya dengan empat kapal lain dan sebuah helikopter sedang mencari individu yang hilang dalam keadaan angin berkelajuan sederhana.

Greece berada di barisan hadapan krisis pendatang pada 2015-2016 apabila lebih sejuta orang, kebanyakannya pelarian Syria, menyeberang dari Turkiye ke negara itu melalui laut.

Jumlah kemasukan pendatang menurun sebelum meningkat semula tahun lalu apabila ramai yang mencuba laluan selatan baharu iaitu melalui Gavdos.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI