fb fb fb fb fb

Empat lagi terkorban, 19 cedera dalam serangan dron Rusia

Beberapa kereta musnah berhampiran bangunan pangsapuri di Dnipro, Ukraine/ Reuters

KIEV, 29 Mac- Serangan berterusan dron Rusia membunuh empat lagi individu, mencederakan 19 yang lain dan mencetuskan kebakaran besar di kompleks hotel dan restoran serta bangunan di bandar Dnipro, tenggara Ukraine, kata gabenor wilayah itu.

Gabenor Wilayah Dnipropetrovsk Serhiy Lysak menerusi Telegram memaklumkan sebuah bangunan pangsapuri dan hampir 10 rumah persendirian telah terbakar. Pasukan pemadam kebakaran mengawal kebakaran di kompleks hotel itu.

Namun menerusi catatan sebelum ini, Lysak memaklumkan jumlah kematian berkemungkinan akan meningkat, dengan tiga daripada yang cedera berada dalam keadaan serius.

"Rusia turut menyasarkan lebih daripada 20 dron ke arah bandar," tulis Lysak di Telegram. "Kebanyakan daripada dron berkenaan ditembak jatuh."

Menerusi gambar dan video yang disiarkan memaparkan bahagian dalam bangunan hancur, tingkat atas rosak teruk di blok pangsapuri dan jalan-jalan yang dipenuhi kaca dan bahan binaan yang hancur.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI