fb fb fb fb fb

Empat komander kanan Hezbollah terbunuh dalam serangan Israel

Upacara pengebumian Komander Ibrahim Aqil di Beirut pada 22 September 2024/Foto AFP

BEIRUT, 27 Sept. –Sejak beberapa minggu lalu, tentera rejim Israel telah membunuh beberapa komander Hezbollah dalam siri serangan di Beirut menyasarkan kubu kuat kumpulan itu yang di sokong Iran. Berikut identiti komander yang terbunuh.

Shukr – pemimpin kanan Hezbollah

Serangan udara Israel pada 30 Julai 2024 telah membunuh Fuad Shukr, pemimpin tertinggi komander tentera dan antara salah seorang sasaran utama berprofil tinggi Israel.

Menurut sumber rapat dengan Hezbollah, Shukr, awal 60-an, perancang utama dalam serangan rentas sempadan dengan Israel. Kumpulan Hezbollah dan tentera Israel sering berbalas serangan sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Shukr antara individu utama dalam penubuhan Hezbollah ketika perang saudara Lubnan 1975-1990 dan menjadi penasihat utama kepada ketua kumpulan itu, Hassan Nasrallah.

Shukr ialah komander tentera Hezbollah paling kanan. Menurut Nasrallah, hampir setiap hari beliau ada berhubung denga Shukr, sejak Oktober tahun lalu.

Israel menuduh Shukr bertanggungjawab atas serangan roket pada Julai lalu di Bukit Golan, menyebabkan 12 orang kanak-kanak terbunuh. Hezbollah menafikan tuduhan itu.

Pada 2017, Amerika Syarikat menawarkan ganjaran sebanyak AS5 juta kepada pemberi maklumat berkaitan Shukr yang turut dituduh bertanggungjawab atas serangam bom pada 1983 di berek tentera AS di Beirut.

Ibrahim Aqil – Ketua tentera elit

Serangan udara Israel pada 20 September lalu membunuh Ibrahim Aqil, ketua tentera elit Hezbollah, dikenali sebagai Pasukan Radwan. Turut terkorban 15 komander lain. Menurut sumber Pegawai Lubnan, serangan tersebut mengorbankan 55 orang, kebanyakan mereka orang awam.

Sumber rapat Hezbollah memaklumkan, Aqil adalah pemimpin komander ke dua tertinggi selepas Shukr. Sumber sama memaklumkan, Pasukan Radwan merupakan unit tempur paling hebat Hezbollah. Pejuangnya dilatih termasuk kemahiran penyusupan sempadan.

Menurut kerajaan AS, Aqil merupakan ahli Majlis Jihad Hezbollah, badan tertinggi pergerakan tersebut. Beliau juga dikatakan "anggota utama" Pertubuhan Jihad Islam -- kumpulan yang dikaitkan dengan Hezbollah di sebalik pengeboman kedutaan AS di Beirut pada 1983 yang mengorbankan 63 orang.

Aqil juga dikatakan bertanggungjawab dalam serangan ke atas Kor Marin AS di ibu negara Lubnan, membunuh 241 tentera AS; pada tahun sama.

Kobeissi: Pakar peluru berpandu

Pada 25 September 2024, serangan Israel membunuh Ibrahim Mohammed Kobeissi, ketua beberapa unit tentera termasuk unit peluru berpandu.

“Kobeissi berpengetahuan luas dalam peluru berpandu dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kanan tentera Hezbollah,” kata tentera Israel.

Kobeissi menyertai Hezbollah pada tahun 1982. Salah satu daripada unit diketuainya telah ditugaskan untuk mengendalikan operasi di selatan Lubnan, yang bersempadan dengan Israel.

Srur: Ketua dron

Serangan Israel pada 26 September 2024 membunuh Mohammed Srur, Ketua Unit Dron Hezbollah. Srur mengetuai unit itu sejak tahun 2020.

Menurut sumber, Srur adalah pakar matematik, merupakan antara beberapa penasihat utama yang dihantar Hizbullah ke Yaman untuk melatih pemberontak Houthi, disokong oleh Iran.

Srur juga memainkan peranan penting dalam campur tangan Hezbollah dalam perang saudara Syria sejak 2013 bagi menyokong kerajaan Presiden Bashar al-Assad. Upacara pengebumian Srur dijadulakan pada Jumaat.

Komander lain yang turut terbunuh dalam serangan baru-baru ini termasuk Wissam Tawil dan Mohammed Naameh Nasser. -AFP

MAT YUNUS BIN SABRI