fb fb fb fb fb

Empat beranak maut dalam kebakaran di Bologna

FOTO HIASAN

ROME, 15 Mac- Seorang wanita dan tiga anaknya yang masih kecil maut dalam kebakaran yang memusnahkan pangsapuri mereka di bandar Bologna di utara Itali pada Jumaat.

Menteri Dalam Negeri Matteo Piantedosi berkata bahawa dia sangat dukacita dengan tragedi tersebut.

Kanak-kanak yang terkorban adalah pasangan kembar berusia dua tahun dan kakak mereka berusia enam tahun.

Anggota bomba dipanggil sekitar 1:00 pagi ke pengsapuri tingkat empat itu, selepas jiran yang tinggal di tingkat atas menyedari kejadian kata laporan media.

Ketika pasukan bomba tiba, rumah berkenaan sudah dipenuhi asap, dan menemukan pasangan kembar dan kakak mereka sudah tidak bernyawa.

Ibu mereka, Stefania Alexandra Nistor, 32, berasal dari Romania, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Polis percaya kebakaran itu adalah kemalangan disebabkan oleh kerosakan elektrik pada alat pemanas, lapor akhbar Corriere della Sera.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE