fb fb fb fb fb

Tesla tolak perjanjian gaji kolektif, mekanik lancar mogok

Foto AFP

STOCKHOLM, 27 Oktober- Keengganan syarikat automotif terkenal, Tesla Inc mempersetujui perjanjian gaji kolektif mengakibatkan kumpulan pekerja mekaniknya meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

Menurut jurucakap kesatuan IF Metall, Jesper Pettersson, mogok yang dilancar menjejaskan sekitar 130 orang mekanik Tesla di tujuh bengkel di Sweden.

"Tesla mempunyai gaji yang lebih rendah, tidak mempunyai caruman insurans yang sama dan mempunyai pencen yang lebih rendah berbanding pekerja industri lain," jelas Pettersson.

Perjanjian kolektif yang dirundingkan adalah mengikut model asas pasaran buruh Sweden, meliputi hampir 90 peratus daripada semua pekerja Sweden dan menjamin gaji standard dan syarat bekerja.

"IF Metall yang mempunyai kira-kira 300,000 ahli berkata perjanjian itu juga membenarkan syarikat beroperasi secara adil dan sama rata," tambah Pettersson.

Tesla bertegas untuk tidak menandatangani perjanjian kolektif tersebut selain memberi amaran untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Pengasas dan ketua Tesla, Elon Musk secara konsisten menolak gesaan untuk membenarkan 127,000 pekerja syarikat di seluruh dunia untuk menyertai kesatuan itu.

Menurut sumber, protes dan bantahan akan diteruskan pada 3 November, membabitkan seluruh bengkel kereta Tesla di Sweden bagi mendapatkan kesepakatan dan persetujuan bersama.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM