fb fb fb fb fb

Elon Musk tangguh sementara beli Twitter

WASHINGTON, 14 Mei- Bilionair Elon Musk menggantung sementara perjanjian untuk membeli Twitter.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat beliau memaklumkan, perjanjian itu ditangguhkan, sementara menunggu butiran yang menyokong pengiraan bahawa akaun palsu sememangnya mewakili kurang daripada lima peratus pengguna.

Pengumuman Musk menyebabkan saham dalam gergasi media sosial itu jatuh.

(FOTO AFP)

Saham syarikat media sosial itu jatuh hampir 18 peratus dalam dagangan pra-pasaran, paras terendah mereka sejak Musk mendedahkan kepentingannya dalam syarikat itu awal April lalu.

Musk, individu terkaya di dunia telah menjadikan pembasmian akaun spam dan bot sebagai salah satu daripada cadangan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion.

Setakat ini, Twitter masih belum memberikan sebarang komen berkaitan kenyataan Musk. -AFP

Media Baharu