fb fb fb fb fb

Elon Musk sumbang derma politik untuk Trump

Foto Reuters

WASHINGTON, 13 Julai- Jutawan Elon Musk telah menderma kepada kumpulan politik yang bekerja untuk memilih bekas Presiden AS, Donald Trump, lapor Bloomberg pada Jumaat, memetik sumbernya.

Laporan itu tidak menunjukkan berapa banyak Musk menderma namun ia adalah satu jumlah yang besar telah diberikan kepada kumpulan yang dikenali sebagai America PAC.

Bloomberg melaporkan bahawa PAC, kumpulan yang boleh menerima sumbangan tanpa had untuk aktiviti politik, seterusnya dikehendaki mendedahkan senarai pendermanya pada 15 Julai ini.

Pada bulan Mac, Trump yang dijangka akan dicalonkan secara rasmi minggu depan sebagai calon Parti Republikan untuk pilihan raya 5 November, bertemu dengan Musk dan penderma kaya lain.

Sebagai tindak balas kepada laporan mesyuarat itu, Musk kelahiran Afrika Selatan, salah seorang individu terkaya di dunia, menafikan tindakannya itu.

"Hanya untuk menjadi sangat jelas, saya tidak menderma wang kepada mana-mana calon Presiden AS," siar Musk di platform X.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM