fb fb fb fb fb

Ekonomi Thailand mula pulih selepas penularan COVID-19

(Eksport Thailand berkembang 19.5% pada Mac memacu pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2022/REUTERS)

BANGKOK, 17 Mei - Ekonomi Thailand berkembang 2.2% pada suku pertama tahun ini apabila eksport dan pelancongan pulih semula selepas pelonggaran sekatan pencegahan COVID-19, kata agensi ekonomi utama negara itu.

Semasa pandemik, ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu mengalami prestasi ekonomi terburuk sejak krisis kewangan Asia 1997, dengan bilangan pelawat menurun daripada kira-kira 40 juta setiap tahun.

Tetapi bulan ini kerajaan negara yang bergantung pada pelancongan itu membatalkan hampir semua sekatan untuk pelawat yang diberi vaksin sepenuhnya, termasuk keperluan menjalani ujian saringan.

(Pelancong berjalan di sepanjang Jalan Khaosan yang popular di Bangkok/AFP) 

"Sektor eksport adalah baik,industri pelancongan semakin baik berikutan kelonggaran syarat kemasukan untuk pelancong," kata Setiausaha Agung Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara, Danucha Pichayanan.

Agensi itu berkata, ekonomi berkembang sebanyak 2.2% pada Januari hingga Mac berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan sebanyak 1.1% berbanding suku sebelumnya.

Angka-angka itu adalah perubahan ketara berbanding penguncupan sebanyak 6.1% pada 2020. -AFP

Media Baharu