fb fb fb fb fb

Kadar pengangguran UK turun ke paras terendah, nilai gaji terus merosot

(Kadar pengangguran susut daripada 3.8% kepada 3.7% dalam tempoh tiga bulan hingga akhir Mac berbanding 3.8% pada suku hingga akhir Februari/AFP)

LONDON, 17 Mei - Kadar pengangguran Britain terus jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima dekad, data rasmi menunjukkan pada Selasa, tetapi nilai gaji terus terhakis berikutan peningkatan inflasi.

Kadar pengangguran susut daripada 3.8% kepada 3.7% dalam tempoh tiga bulan hingga akhir Mac berbanding 3.8% pada suku hingga akhir Februari kata Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) dalam satu kenyataan.

Ia merupakan paras terendah dalam tempoh lebih 47 tahun.

Nilai sebenar gaji bagaimanapun terus merosot memandangkan Britain, seperti negara lain, menghadapi inflasi yang berterusan.

(Kadar pengangguran UK turun ke paras terendah, nilai gaji terus merosot/GOOGLE)

"Terdapat gambaran yang bercampur-campur untuk pasaran buruh," kata Pengarah Statistik Ekonomi ONS, Darren Morgan.

Jumlah guna tenaga kekal bawah paras prapandemik, dengan kekosongan jawatan pada rekod tertinggi hampir 1.3 juta pada akhir April. -AFP

Media Baharu