fb fb fb fb fb

Ekonomi China merosot akibat sekatan dan penutupan kilang, peruncit

(Pelanggan menunggu di hadapan sebuah restoran di Beijing, China 15 April 2022/FOTO REUTERS)

BEIJING, 19 Mei- Aktiviti peruncitan dan kilang China jatuh dengan mendadak pada April apabila penutupan sektor ekonomi yang meluas di negara itu akibat COVID-19 yang mengehadkan aktiviti ekonomi serta menyebabkan rantaian bekalan terganggu teruk, menimbulkan bayangan panjang terhadap prospek ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Sekatan penuh juga separa telah dikenakan di pusat-pusat utama di seluruh negara pada Mac dan April, termasuk bandar paling ramai penduduk iaitu Shanghai, menjejaskan pengeluaran dan penggunaan serta meningkatkan risiko kejatuhan ekonomi global yang sangat bergantung kepada China.

Jualan runcit pada April juga menyusut 11.1 peratus daripada tahun sebelumnya, penguncupan terbesar sejak Mac 2020.

Data daripada Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) pada Isnin minggu ini, menunjukkan penurunan yang lebih curam daripada ramalan mengikut tinjauan Reuters.

Pengeluaran kilang jatuh 2.9% daripada tahun sebelumnya, menjejaskan jangkaan untuk kenaikan dan penurunan terbesar sejak Februari 2020, apabila langkah anti-virus menjejaskan rantaian bekalan dan menjadi antara punca pengedaran menjadi lumpuh.

Penganalisis kini memberi amaran bahawa kemerosotan semasa di China mungkin lebih sukar untuk dihapuskan daripada yang dilihat semasa permulaan wabak COVID-19 pada awal 2020, dengan eksport tidak mungkin meningkat lebih tinggi dan penggubal dasar terhad dalam pilihan rangsangan mereka.

"Hasilnya ialah walaupun yang terburuk diharapkan berakhir, kami fikir ekonomi China akan bergelut untuk kembali ke arah aliran pra-pandemik," kata penganalisis Capital Economics.

Keluaran perindustrian di sekitar Delta Sungai Yangtze China termasuk Shanghai, jatuh 14.1 peratus pada April.

Manakala di timur laut China menyusut 16.9 peratus.

(Sebuah tapak pembinaan di Beijing, China 14 April 2022/FOTO REUTERS)

Kedua-dua wilayah ini menyaksikan peningkatan lebih daripada 30% dalam jualan runcit.

Selaras dengan penurunan pengeluaran perindustrian yang tidak dijangka, China memproses 11 peratus kurang bagi minyak mentah pada bulan April, dengan daya pengeluaran harian terendah sejak Mac 2020.

Pada bulan yang sama, penjanaan kuasa jatuh 4.3%, terendah sejak Mei 2020.

"Pada April, wabak itu mempunyai kesan yang agak besar terhadap operasi ekonomi, tetapi kesan ini adalah jangka pendek dan luaran," kata Fu Linghui, jurucakap biro statistik China, pada sidang akhbar di Beijing pada Isnin.

Fu berkata beliau menjangkakan ekonomi akan bertambah baik pada Mei dengan wabak COVID-19 di Jilin, Shanghai dan tempat lain terkawal.

Pelaburan aset tetap, yang Beijing harapkan untuk menyokong ekonomi apabila eksport kehilangan momentum, meningkat 6.8 peratus dalam empat bulan pertama, berbanding jangkaan kenaikan 7.0 peratus. -REUTERS




Media Baharu