fb fb fb fb fb

Ecuador umum darurat dua bulan susulan keganasan di tiga wilayah

QUITO, 30 April- Presiden Ecuador, Guillermo Lasso mengumumkan perintah darurat selama dua bulan di tiga wilayah, mulai tengah malam tadi.

Tiga wilayah itu merekodkan tahap keganasan tertinggi berkaitan dadah sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai di penjara.

Di bawah perintah darurat, seramai 4,000 anggota polis dan 5,000 kakitangan tentera dikerahkan ke wilayah terlibat.

Perintah berkurung juga akan dikuatkuasakan antara 11 malam hingga 5 pagi di kawasan tertentu seperti bandar Duran, yang terletak berhampiran pelabuhan Guayaquil.

(Presiden Ecuador, Guillermo Lasso/AFP)

Pada Februari, dua mayat ditemui digantung dari jambatan pejalan kaki di Duran, iaitu kaedah yang serupa dengan jenayah kartel Mexico.

Pengedaran dadah di Ecuador telah membawa kepada peningkatan jenayah, yang menyebabkan 1, 255 orang maut sejak awal tahun ini. -AFP

Media Baharu