fb fb fb fb fb

Dua lagi nyawa terkorban susulan pertempuran di perkarangan Masjid al-Aqsa

BAITUMAQDIS, 30 April- Di Tebing Barat, seorang lelaki Palestin dan seorang pengawal keselamatan terbunuh dalam insiden berasingan.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Lelaki berusia 20-an itu ditembak di bahagian dada dalam operasi ketenteraan di bandar Azzun.

Sementara pengawal berkenaan diserang di pintu masuk penempatan dengan tentera Israel mengakatakan mereka sedang mengejar "pengganas".

Insiden itu berlaku susulan pertempuran di perkarangan Masjid al Aqsa, Baitulmaqdis, semalam.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata, 42 cedera dalam insiden berkenaan.

Sejak dua minggu lalu, hampir 300 rakyat Palestin telah tercedera dalam pertempuran di perkarangan Masjid al-Aqsa menjelang penghujung Ramadan.

(FOTO AFP)

Keganasan di timur Baitulmaqdis telah menimbulkan kebimbangan wujudnya satu lagi konflik bersenjata yang serupa dengan peperangan 11 hari, tahun lalu antara Israel dan Hamas, yang dicetuskan sebahagiannya oleh pergolakan sama seperti di Al-Aqsa.

Sejak awal minggu lalu terdapat tembakan roket terpencil dari Gaza ke arah Israel dan tindakan balas Israel, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan di kedua-dua pihak.

Seorang lelaki Palestin dan seorang pengawal Israel terbunuh dalam insiden berasingan Tebing Barat berikutan pertempuran pada hari Jumaat antara penduduk Palestin dan polis Israel di masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. -AFP

Media Baharu