fb fb fb fb fb

E-sabong: Duterte tekad hentikan susulan impak sosial

MANILA, 4 Mei - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bertekad mengharamkan pertaruhan sabung ayam dalam talian, E-sabong beberapa minggu sebelum beliau meninggalkan pejabatnya.

Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen, Duterte berkata keputusan itu susulan impak sosial kepada masyarakat yang boleh menjurus kepada perlakuan jenayah.

"Setiausaha Dalam Negeri, Edurado Ano telah menasihati saya supaya mengharamkannya kerana kesan jangka panjang kepada masyarakat dan saya bersetuju denganya. E-sabong akan tamat mulai sekarang," katanya.


(Presiden Filipina, Rodrigo Duterte/ AFP)

Sabung ayam adalah sukan popular di beberapa negara di Asia Tenggara namun COVID-19 telah memaksa arena-arena sabung yang biasa dikunjungi penonton dan kaki judi ditutup.

Susulan itu, beliau memberikan francais kepada tujuh firma bagi mengendalikan pertarungan secara dalam talian, 24 jam sehari.

Industri tersebut sempat mencapai tujuannya dengan sebanyak kira-kira 640 juta peso bersamaan 12 juta dolar dalam cukai berjaya membantu mengisi semula tabung kerajaan yang kehabisan akibat COVID-19.

Namun perkara itu kembali dibincangkan selepas terdapat laporan ketagihan berjudi, pengabaian kerja dan keluarga, penjualan aset untuk bertaruh malah dalam beberapa kes yang lebih ekstream, seorang ibu muda dituduh menjual anak perempuannya yang berusia lapan bulan dengan harga 45,000 peso kepada pembeli untuk membayar hutang e-sabongnya. - AFP

Media Baharu