SEPANYOL, 24 Disember - Pihak berkuasa Sepanyol menahan dua warga Poland berhubung pembunuhan dua warga Jerman di bandar Elche, di tenggara Sepanyol pada Selasa.
Menurut pegawai di Alicante seorang lagi warga Jerman dilaporkan cedera dalam serangan itu.
Mayat mangsa didapati menunjukkan tanda-tanda keganasan fizikal, namun pihak berkuasa percaya kejadian itu tidak berkaitan dengan penyelesaian dendam peribadi.
Media tempatan melaporkan pembunuhan itu berlaku pada Isnin (22 Disember), dan mengatakan suspek berkurung di dalam sebuah rumah selama lebih 18 jam.
Bagaimanapun pihak berkuasa sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kes itu.- REUTERS