fb fb fb fb fb

Dua terbunuh serangan besar-besaran Rusia

Kebakaran turut tercetus ketika kebanyakan lokasi berada di bawah paras beku / Foto REUTERS

KYIV, 23 Disember - Dua individu terbunuh manakala puluhan yang lain cedera termasuk kanak-kanak, selepas Rusia melancarkan serangan besar-besaran terbaharu menggunakan dron dan peluru berpandu.

Serangan berkenaan turut mengakibatkan beberapa wilayah di Ukraine mengalami gangguan bekalan elektrik.

Menurut Kementerian Tenaga, Rusia sekali lagi telah menyasarkan infrastruktur sehingga menjejaskan bekalan elektrik melibatkan beberapa wilayah.

"Kebakaran turut tercetus akibat serangan berkenaan ketika kebanyakan lokasi berada di bawah paras beku,"kata pihak berkuasa.

Sementara itu, pihak berkuasa Ukraine turut memaklumkan Rusia telah meningkatkan serangan ke atas Odesa, sejak beberapa hari lepas bertujuan memusnahkan sepenuhnya logistik maritim.-REUTERS

FAUZIAH ABD RAHMAN