fb fb fb fb fb

Dua terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di timur Lubnan

FOTO REUTERS

BEIRUT, 27 Mac - Dua terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di timur Lubnan menurut media rasmi negara itu pada Selasa.

Serangan terbaharu itu merupakan serangan paling buruk berlaku sejak permusuhan rentas sempadan meletus antara pejuang Hezbollah dan Israel pada Oktober tahun lepas.

Agensi Berita Nasional (NNA) yang dikendalikan kerajaan Lubnan berkata "serangan Israel menyasarkan wilayah Wadi Faara" berhampiran bandar timur laut Hermel iaitu salah sebuah lokasi sama seperti yang turut dilaporkan Israel.

NNA turut melaporkan bahawa Israel turut menyerang Iaat, yang berhampiran dengan bandar timur Baalbek.

Serangan tersebut berjaya membunuh dua orang dan mencederakan seorang penduduk.

Sementara itu, sumber keselamatan Lubnan, yang enggan namanya disiarkan berkata serangan itu menyasarkan kawasan tidak berpenghuni di mana Hizbullah mempunyai kedudukan.

Sekurang-kurangnya 331 orang telah terbunuh di Lubnan, kebanyakannya pejuang Hezbollah sejak tercetusnya konflik.

Permusuhan telah menimbulkan kebimbangan konflik lebih buruk antara Israel dan Hizbullah, yang kali terakhir berperang pada 2006.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD