fb fb fb fb fb

Dua pelajar cedera, seorang warga emas parah dalam kejadian tikam

FOTO AFP


TOKYO, 15 Januari -
Tiga individu cedera selepas ditikam dalam kejadian di hadapan Universiti Tokyo, di sini.

Jurucakap polis memaklumkan, dua daripada mangsa merupakan pelajar yang menduduki peperiksaan kelayakan ke universiti berkenaan, manakala seorang lagi warga emas.

"Mangsa ialah seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun, seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dan seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun.

Kedua-dua pelajar berkenaan tidak mengalami kecederaan serius namun lelaki warga emas cedera parah," katanya.

Susulan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang disyaki sengaja melakukan perbuatan tersebut dengan niat membunuh.

Menurut Stesen Penyiaran Tokyo (NHK), suspek tidak mengambil peperiksaan dan tidak mengenali ketiga-tiga mangsa.

"Dia mahu mati selepas ditangkap kerana mendakwa dirinya sudah gagal dalam pelajaran," katanya.

Ujian kelayakan ke universiti melibatkan 3,700 pelajar itu tetap diteruskan seperti dirancang. - AFP

Media Baharu