FOTO AFP
Ouagadougou, 15 Januari - Sekurang-kurangnya setengah juta ayam mati akibat selesema burung atau dimusnahkan untuk mencegah penyebaran virus H1N1 di Burkina Faso.
Menteri Sumber Haiwan, Moussa Kabore berkata, wabak berkenaan dikesan penghujung tahun lalu di 42 ladang di wilayah tengah dan barat negara itu.
"Pada penghujung Disember 2021, kadar kematian ternakan ayam dan itik adalah tinggi dan hasil ujian mengesahkan ia berpunca daripada virus selesema burung, H1N1.
Kira-kira 500,000 ayam mati pada 7 Januari samada disebabkan oleh virus atau dimusnahkan, begitu juga 1.3 juta kotak telur turut dimusnahkan," katanya.
Justeru, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah pencegahan wabak termasuk memantau lokasi burung liar berkumpul yang berkemungkinan menjadi punca virus itu tersebar.
Selain itu, burung yang sakit atau mati dikaji untuk mengesahkan kehadiran virus H1N1.
Burkina Faso telah dilanda gelombang selesema burung berturut-turut sejak wabak H5N1 melanda dunia pada 2006.
Dalam kebanyakan kes wabak merebak daripada burung yang berhijrah.
Penternakan adalah salah satu industri terbesar Burkina Faso dan penyumbang pertukaran asing ketiga terbesarnya, selepas pengeluaran emas dan kapas. - AFP