fb fb fb fb fb

Dua orang awam maut dalam pertempuran di Aleppo

Petugas perubatan merawat mangsa cedera yang dibawa ke Hospital al-Razi / REUTERS

ALEPPO, 23 Disember -Dua orang awam terbunuh manakala beberapa lagi cedera susulan pertempuran antara pasukan kerajaan Syria dan Pasukan Demokratik Syria (SDF) di bandar Aleppo.

Mangsa yang cedera, termasuk kanak-kanak, dibawa ke Hospital al-Razi untuk menerima rawatan kecemasan.

Kementerian Kesihatan Syria memaklumkan, keadaan dilaporkan tegang apabila tembakan dan bedilan mengenai kawasan kediaman penduduk.

Kedua-dua pihak saling menuding jari berhubung punca pertempuran.

Masing-masing mendakwa hanya bertindak balas terhadap serangan pihak lawan.

Situasi keselamatan di Aleppo semakin rapuh ketika rundingan berkaitan penyertaan semula SDF ke dalam angkatan tentera kerajaan Syria masih belum mencapai persetujuan. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN