fb fb fb fb fb

Dua maut, pesawat pejuang Turkiye lancar serangan di kampung terpencil pergunungan Sheladiz

FOTO HIASAN

ARBIL, 8 Mac- Dua orang terbunuh dalam serangan ke atas wilayah autonomi Kurdish di utara Iraq, pada Jumaat.

Pihak berkuasa menuduh Turkiye bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Turkiye kerap melakukan operasi darat dan udara ke atas kedudukan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang telah melancarkan pemberontakan berdekad lamanya di wilayahnya di utara Iraq.

"Dua orang terbunuh dan dua lagi cedera ketika mereka memetik herba selepas pesawat pejuang Turkiye melancarkan serangan di sebuah kampung terpencil di kawasan pergunungan Sheladiz di wilayah Dohuk", kata Razkar Sarki, seorang pegawai di daerah Sheladiz.

Media tempatan melaporkan dua orang awam terbunuh dalam serbuan itu.

Tentera Turkiye jarang mengulas mengenai operasinya di Iraq.

Pada 20 Februari, dua orang awam terbunuh dalam serangan yang turut dipersalahkan kepada Turkiye, kata pegawai keselamatan dan kesihatan pada masa itu.

Turkiye, sejak 25 tahun lalu telah mengendalikan beberapa dozen pangkalan tentera di utara Iraq dalam perangnya menentang PKK.

Kedua-dua Baghdad dan kerajaan wilayah wilayah Kurdistan Iraq telah dituduh bertolak ansur dengan aktiviti ketenteraan Turkiye untuk mengekalkan hubungan ekonomi mereka yang rapat.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE