fb fb fb fb fb

Harga makanan dunia jatuh lagi

FOTO HIASAN

PARIS, 8 Mac- Harga makanan dunia mencatatkan penurunan untuk bulan ketujuh berturut-turut pada Februari berikutan kejatuhan harga bijirin mengatasi harga gula dan daging yang lebih mahal, kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pada Jumaat.

Agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu berkata Indeks Harga Makanan FAO turun 0.7 peratus pada Februari dan turun 10.5 peratus berbanding setahun lalu.

Indeks FAO mengukur harga pasaran komoditi, dan ia dikatakan mengambil masa untuk dipasarkan.

Bijirin turun lima peratus, didorong oleh harga jagung yang rendah ekoran penuaian besar-besaran di Amerika Selatan dan harga kompetitif yang ditawarkan oleh Ukraine.

Harga gandum juga jatuh didorong eksport Rusia yang lebih kukuh dan harga beras juga jatuh.

Minyak sayuran juga sebahagian besarnya jatuh disebabkan musim penuaian di Amerika Selatan.

Gula, bagaimanapun, meningkat 3.2 peratus kerana cuaca kering di Brazil.

Indeks daging meningkat 1.8 peratus gara-gara hujan lebat mengganggu pengangkutan komoditi itu di Australia dan permintaan China untuk daging babi meningkat di tengah-tengah bekalan yang ketat di Eropah.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE