BRUSSELS, 27 Jun- Dua orang maut dan dua lagi cedera parah pada Khamis dalam kejadian tembakan di kawasan yang terkenal dengan pengedaran dadah berhampiran stesen kereta api Gare de Midi di Brussels.
Insiden itu berlaku antara pukul 1 dan 2 pagi berhampiran sebuah kafe di daerah Saint Gilles di ibu negara Belgium.
Jurucakap polis memaklumkan suspek bagaimanapun melarikan diri.
Secara keseluruhan, tiga orang cedera. Dua berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi stabil.
Polis setakat ini belum mengenalpasti perkaitan hubungan antara kejadian tembakan dan perdagangan dadah haram di bandar itu.
Pegawai kehakiman dijadual membuat kenyataan pada Khamis.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Belgium telah menyaksikan peningkatan keganasan bersenjata yang dikaitkan dengan persaingan antara kumpulan pengedar dadah.
Terdapat beberapa kes tembak-menembak di jalanan di Brussels dan di Antwerp, yang pelabuhannya telah menjadi pintu masuk utama ke Eropah untuk kokain yang diimport secara haram dari Amerika Latin.-AFP