fb fb fb fb fb

Stop Uyghur Genocide lancar kempen hentikan SHEIN disenarai ke LSE

FOTO HIASAN

LONDON, 27 Jun- Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di UK, Stop Uyghur Genocide telah melancarkan kempen undang-undang untuk menyekat potensi penyenaraian syarikat fesyen SHEIN dalam Bursa London atas kebimbangan mengenai amalan buruhnya.

Perkara itu dimaklumkan firma guaman yang mewakili kumpulan kempen itu pada Rabu.

Firma undang-undang hak asasi manusia, Leigh Day telah menulis surat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Kewangan (FCA) UK bagi menggesa pengawal selia menolak sebarang percubaan Shein untuk disenaraikan di Bursa Saham London (LSE).

"Shein mempunyai dasar toleransi sifar untuk buruh paksa dan kami komited untuk menghormati hak asasi manusia. Kami mengambil kira di seluruh rantaian bekalan kami dengan serius," kata SHEIN dalam satu kenyataan.

Pada Selasa, Amnesty International UK berkata penyenaraian Shein akan menjadi sesuatu yang memalukan untuk LSE kerana dakwaan buruh paksa dan hak asasi manusianya yang dipersoalkan.

SHEIN dikatakan secara sulit memfailkan kertas kerja dengan pengawal selia pasaran Britain pada Jun.

Sumber Reuters memaklumkan, LSE akan memulakan proses untuk penyenaraian di bursa yang dijangka akhir tahun ini.

Syarikat itu sebelum ini berkata ia melabur dalam mengukuhkan tadbir urus dan pematuhan merentas rantaian bekalannya.

FCA tidak mempunyai kuasa menyiasat atau penguatkuasaan yang berkaitan dengan dakwaan pelanggaran undang-undang yang bukan dalam bidang kuasanya, seperti Akta Perhambaan Moden atau perundangan cukai.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE