fb fb fb fb fb

Dua lelaki ditahan susulan insiden tikam di dalam tren

Beberapa kenderaan kecemasan dilihat berada di Stesen Kereta Api Huntingdon/ REUTERS

LONDON, 2 November - Dua lelaki telah ditahan selepas beberapa individu dilaporkan cedera akibat ditikam dalam kejadian di dalam tren menuju ke Huntingdon.

Beberapa kenderaan kecemasan dilihat berada di Stesen Kereta Api Huntingdon pada Sabtu (1 November) susulan insiden di timur England itu.

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, dalam hantaran di platform X menyifatkan insiden tersebut sebagai 'amat membimbangkan' dan menasihatkan orang ramai di kawasan berdekatan supaya mematuhi arahan pihak polis.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat dan perkhidmatan kecemasan atas tindakan pantas mereka menangani kejadian itu.

Sementara itu, Setiausaha Dalam Negeri Britain, Shabana Mahmoud, meluahkan rasa sedih dan simpati kepada mangsa yang terlibat.

"Saya amat sedih mendengar tentang kejadian tikaman di Huntingdon. Dua suspek telah segera ditahan dan kini berada dalam tahanan polis.

"Saya menerima maklumat terkini berhubung siasatan ini dan menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi pada peringkat awal ini," katanya dalam satu hantaran menerusi X.

Menurut Polis Cambridgeshire, mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.39 malam waktu tempatan berhubung laporan kejadian tikaman membabitkan beberapa individu di dalam tren berkenaan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI