BANGKOK, 6 Oktober - Dua ekor gajah mati lemas dalam banjir kilat di pusat tumpuan pelancong di Chiang Mai, Thailand.
Susulan bencana itu, pihak berkuasa turut memindahkan para pelancong dari hotel didiami mereka, manakala premis kedai di pusat bandar turut ditutup.
Lebih 100 ekor gajah di Elephant Nature Park dipindahkan ke kawasan lebih tinggi selepas air naik dengan cepat.
Pengarah taman berkenaan, Saengduean Chailert mengesahkan, gajah dikenali sebagai 'Fahsai' yang berumur 16 tahun dan 'Ploython', 40-tahun merupakan mamalia buta.
Kedua-duanya ditemukan terapung pada Sabtu.
Wilayah utara Thailand dilanda banjir besar sejak Taufan Yagi membadai awal September lepas.
Ketika ini, 20 wilayah masih ditenggelami air, menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi -AFP