fb fb fb fb fb

24 penduduk Palestin maut, Israel serang masjid, sekolah

Foto AFP

KAHERAH, 6 Oktober– Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan 93 yang lain cedera apabila serangan udara Israel menyasarkan sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal di Gaza awal pagi Ahad.

Menurut pejabat media kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas, serangan tersebut berlaku berhampiran Hospital Al-Aqsa di Deir al-Balah di tengah Gaza, ketika menjelang setahun konflik antara Israel dan Hamas.

Tentera Israel mendakwa anggota Hamas sedang menjalankan operasi dari kawasan itu, iaitu di Sekolah Ibn Rushd dan Masjid Shuhada al-Aqsa di kawasan Deir al Balah.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, serangan tentera Israel ke atas Gaza telah membunuh hampir 42,000 rakyat Palestin, manakala 2.3 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Konflik berterusan Israel-Hamas juga menyebabkan krisis kebuluran dan membawa kepada dakwaan pembunuhan beramai-ramai terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dinafikan Israel.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN