fb fb fb fb fb

Dron Rusia serang Odesa

(Pelabuhan Black Sea, Odesa / FOTO HIASAN)

KIEV, 4 April- Drone Rusia dilaporkan menyerang pelabuhan Odesa di Ukraine, kata pihak berkuasa tempatan pada awal pagi Selasa, sambil menambah "kerosakan" telah direkodkan.

“Musuh baru sahaja menyerang pelabuhan Odesa dan daerah Odesa dengan dron UAV,” kata pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan di Facebook.

“Serangan menyebabkan kerosakan harta benda,” kata kenyataan itu tanpa memberikan butiran lanjut.

Memetik Ketua Pentadbiran Tentera daerah Odesa, Yuriy Kruk, kenyataan itu berkata pasukan pertahanan udara Ukraine sedang meneliti kemungkinan gelombang kedua serangan.

Pelabuhan Black Sea Odesa merupakan destinasi percutian kegemaran ramai warga Ukraine dan Rusia sebelum Presiden Vladimir Putin mengarahkan tenteranya menyerang Ukraine yang pro-Barat pada Februari tahun lalu.

Sejak awal pencerobohan, Odesa telah dibom beberapa kali oleh tentera Rusia.

Januari lalu, agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO menetapkan pusat bersejarah Odesa sebagai tapak Warisan Dunia yang kini dalam situasi bahaya.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu