fb fb fb fb fb

Dron milik Rusia serang beberapa daerah Kiev

Anggota bomba berada di tapak gudang yang rosak teruk akibat serangan dron milik Rusia/REUTERS

KIEV, 22 Disember- Datuk Bandar Kiev Vitali Klitschko dan pegawai lain melaporkan serangan dron milik Rusia ke atas daerah kediaman yang berasingan di bandar Kiev pada Jumaat.

Ia merupakan serangan keenam yang dilakukan ke atas ibu negara itu bulan ini. Sekurang-kurangnya dua orang cedera dalam serangan tersebut.

Klitschko berkata sebuah dron melanggar blok flat di daerah Solomyanskyi, selatan pusat bandar. Ia telah mengakibatkan kebakaran selain mencederakan dua individu termasuk seorang dirawat di hospital.

"Tingkat atas terbakar. Petugas kecemasan berada di lokasi," kata Datuk Bandar Kiev Klitschko.

Sebuah video yang disiarkan di media sosial menunjukkan api yang marak menerangi lokasi kejadian.

Klitschko juga berkata serpihan dron membakar sebuah kediaman dalam pembinaan di daerah Darnytskyi di tebing timur Sungai Dnipro.

Bagaimanapun tiada kecederaan yang dilaporkan. Gambar tersebut menunjukkan bahan binaan bertaburan di kawasan tersebut.

Ketua Pentadbiran Ketenteraan Kiev Serhiy Popko melaporkan, serpihan dron turut dijatuhkan di sebuah bangunan pangsapuri di daerah Holosiivskyi.

Popko turut menyiarkan gambar tingkap pecah dan kerosakan teruk pada pangsapuri berikutan serangan itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI