fb fb fb fb fb

Reaktor nuklear Korea Utara guna bahan api atom - IAEA

Latihan peluru berpandu balistik Hwasong-18 dilancarkan Korea Utara/REUTERS

VIENNA, 22 Disember- Korea Utara menggunakan bahan api atom buat kali pertama untuk reaktor nuklear di bangunan nuklear Yongbyon, kata badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara itu membuktikan negara berkenaan mempunyai potensi sumber plutonium baharu untuk senjata nuklearnya.

Korea Utara bertahun-tahun menggunakan bahan api terpakai daripada reaktor nuklear 5 megawatt di Yongbyon untuk menghasilkan plutonium bagi senjata nuklearnya, kata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

"Pelepasan air suam menunjukkan reaktor telah mencapai tahap kritikal," kata ketua IAEA Rafael Grossi dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun IAEA tidak mempunyai akses ke Korea Utara sejak Pyongyang mengusir pemeriksanya pada 2009. Agensi itu kini memerhati negara itu dari jauh, terutamanya menggunakan imej satelit.

"LWR, seperti mana-mana reaktor nuklear, boleh menghasilkan plutonium dalam bahan api yang boleh diasingkan semasa pemprosesan semula jadi. Perkara ini membimbangkan," katanya.

Aktiviti di tapak ujian nuklear Korea Utara di Punggye-ri menunjukkan negara itu bersedia untuk menguji senjata nuklear lain. Korea Utara telah melakukan enam ujian nuklear.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI