BEIRUT, 11 November- Serangan dron rejim Israel telah menembak sebuah kenderaan di Wilayah Lubnan pada Sabtu, kata media rasmi di Lubnan, beberapa minggu selepas pertempuran di kawasan sempadan sejak tercetusnya konflik Palestin-Israel awal bulan ini.
Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan "sebuah dron musuh menyasarkan sebuah lori" di sebuah ladang di kawasan Zahrani di pantai Lubnan, kira-kira 45 kilometer (28 batu) dari sempadan Israel.
Sempadan antara kedua-dua negara itu telah menyaksikan pejuang Hizbullah dan tentera Israel saling berbalas tembakan setiap hari.
Rejim Israel telah melancarkan serangan secara meluas di wilayah Lubnan sejak tercetusnya konflik.
Serangan berlaku beberapa jam sebelum Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah dijadual membuat ucapan di televisyen pada pukul 3:00 petang, waktu tempatan.
Tentera Lubnan menghalang wartawan daripada menghampiri kawasan itu, yang berhampiran loji kuasa Zahrani, salah satu kemudahan tenaga Lubnan yang terjejas.
Sementara itu, Hizbullah juga mengeluarkan beberapa kenyataan yang mendakwa serangan ke atas utara Israel berhampiran sempadan, termasuk tiga serangan dron, salah satunya ke atas berek tentera rejim zionis itu.
Serangan Israel menyebabkan tujuh pejuang Hizbullah terbunuh, tanpa menyatakan butiran lokasi atau masa kejadian.
Jurucakap tentera Daniel Hagari berkata tentera Israel "menyerang secara meluas di utara" sebagai tindak balas kepada 'penceronohan' tiga dron.
Menurut maklumat AFP, sekurang-kurangnya 90 orang pejuang Hizbullah terkorban dalam pertempuran di sempadan sejak bulan lalu, manakala enam tentera Israel dan dua orang awam maut.-AFP