NEW YORK, 30 September - Dolar Amerika Syarikat (AS) menyusut dalam dagangan lewat Isnin.
Indeks dolar, yang mengukur prestasi mata wang itu berbanding enam rakan utama, susut 0.25 peratus kepada 97.905 pada pukul 15:00 (1900 GMT).
Dalam dagangan lewat New York, euro meningkat kepada AS$1.1731 berbanding AS$1.1704 pada sesi sebelumnya, manakala pound Britain naik kepada AS$1.3438 daripada AS$1.3410.
Dolar AS pula merosot kepada 148.64 yen Jepun berbanding 149.44 yen, susut kepada 0.7972 franc Swiss daripada 0.7975 franc, dan turun kepada 1.3914 dolar Kanada daripada 1.3937 dolar Kanada.
Bagaimanapun, dolar AS menguat berbanding krona Sweden apabila naik kepada 9.4146 daripada 9.4041 pada sesi sebelumnya.-REUTERS