TEL AVIV, 17 Disember- Menteri Luar Perancis Catherine Colonna mendesak gencatan senjata "disegerakan dalam tempoh yang lebih panjang." Perkara itu berikutan "terlalu ramai orang awam terbunuh" di Palestin.
Israel mendapat tekanan antarabangsa bagi gencatan senjata di Gaza. Serangan yang dilakukan oleh rejim zionis itu membunuh sekurang-kurangnya 18,800 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Sekiranya peperangan ini tidak dihentikan ianya akan terus merebak dan memusnahkan bangunan selain mencederakan penduduk Palestin.
Colonna menyeru semua pihak untuk "menghentikan serangan" di sepanjang sempadan.
"Jika keadaan menjadi tidak terkawal, ia tidak akan memberi manfaat," katanya semasa singgah di pangkalan tentera Syura.
Colonna juga berkata Perancis dan sekutunya sedang menimbang tindak balas terhadap serangan ke atas kapal di Laut Merah.
Firma perkapalan utama menggantung laluan berikutan serangan oleh Huthi di Yaman bertujuan untuk menekan Israel berhubung perang yang tercetus di Gaza.
"Serangan ini tidak boleh dibiarkan tanpa jawapan, dan kami sedang mengkaji beberapa penyelesaian," termasuk menhentikan peperangan ini, kata Colonna.
Colonna juga akan bertemu dengan keluarga tebusan Perancis yang masih ditahan di Gaza, dan bertemu rakan sejawatannya dari Palestin Riyad al-Maliki di Tebing Barat.
Seorang kakitangan Kementerian Luar Perancis terbunuh di Gaza berikutan serangan yang dilancarkan oleh Israel.- AFP