fb fb fb fb fb

Bantuan kemanusiaan, makanan memasuki Gaza melalui Kerem Shalom

Kepulan asap tebal di Khan Younis berikutan serangan bom oleh Israel/AFP

KAHERAH, 17 Disember- Bantuan kemanusiaan dan makanan mula memasuki Gaza melalui sempadan Kerem Shalom, Israel kata pegawai Bulan Sabit Merah Mesir pada Ahad.

Kira-kira "79 trak mula masuk hari ini," kata pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan.

Israel pada Jumaat meluluskan penghantaran "sementara" bantuan yang sangat diperlukan ke Gaza melalui sempadan Kerem Shalomnya.

Jalur Gaza menghadapi keadaan yang teruk selepas lebih dua bulan berperang, kerana bantuan hanya dibenarkan masuk melalui sempadan Rafah dan Mesir.

Kerem Shalom, terletak di sempadan Gaza dengan Israel, pertama kali membenarkan penghantaran bantuan ke Gaza namun trak itu masih perlu pergi ke Rafah untuk masuk.

COGAT, badan kementerian pertahanan Israel yang bertanggungjawab bagi hal ehwal awam Palestin, berkata Ahad bahawa "mulai hari ini (17 Disember), trak bantuan PBB akan menjalani pemeriksaan keselamatan dan dipindahkan terus ke Gaza melalui Kerem Shalom."

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 1.9 juta individu kehilangan tempat tinggal, manakala kumpulan bantuan kemanusiaan bimbang wilayah itu akan ditimpa masalah kebuluran dan penyakit.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI