BANDARAYA VATICAN, 17 Disember- Pope Francis kesal dengan kematian dua wanita di satu-satunya gereja katolik di Gaza. Ia merupakan tempat perlindungan "orang awam yang tidak mempunyai pertahanan."
Golongan itu menjadi sasaran tembakan dan pengeboman.
"Saya terus menerima berita yang sangat serius dan menyakitkan dari Gaza," katanya pada akhir doa. "Seorang ibu dan anak perempuannya... terbunuh dan orang lain cedera akibat tembakan sniper."
Kedua-dua terbunuh merupakan seorang ibu dan anak perempuan beragama Kristian yang ditembak mati oleh seorang askar Israel di perkarangan satu-satunya gereja katolik di Gaza.
"Sekitar tengah hari hari ini... seorang penembak tepat IDF (tentera Israel) membunuh dua wanita Kristian di gereja katolik di Gaza," ia merupakan tempat bagi keluarga beragama Kristian berlindung sejak perang Israel-Hamas tercetus.
"Nahida dan anak perempuannya Samar ditembak ketika mereka berjalan ke Biara Sister. Seorang terbunuh ketika dia cuba membawa seorang lagi ke tempat yang selamat," tambahnya.
Tujuh lagi individu cedera akibat tembakan ketika mereka cuba melindungi individu lain, kata kenyataan itu.
"Ada yang mengatakan ia adalah keganasan, ia adalah peperangan," kata Pope. "Ya, ia adalah peperangan, ia adalah keganasan.... marilah kita berdoa kepada Tuhan untuk keamanan," tambahnya.
Tiada amaran diberikan sebelum penembakan bermula, sambil menambah bahawa mereka terus "ditembak."
Jalur Gaza terjejas teruk oleh pengeboman dan operasi darat yang dilakukan oleh tentera Israel sejak serangan 7 Oktober lalu.- AFP