fb fb fb fb fb

Detik cemas budak terperangkap dalam lubang sempit

FOTO REUTERS

BANGKOK, 19 April- Seorang kanak-kanak perempuan berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke dalam lubang sempit di sebuah tapak pembinaan di sini.

Ketika kejadian pada 8 April lalu, mangsa, 7, sedang bermain bersama rakan-rakannya dan tidak menyedari terdapat lubang terbuka di kawasan berkenaan.

Lubang sedalam tiga meter dan selebar 40 sentimeter itu hanya cukup-cukup untuk tubuh mangsa yang terperangkap dengan air setinggi paras pinggang.

Orang awam yang menyedari kejadian segera menghubungi talian kecemasan 199 sebelum pasukan bomba dan penyelamat dikejarkan ke lokasi.

Rakaman menunjukkan kanak-kanak itu mengangkat tangan dari dalam lubang semasa tali diturunkan oleh pasukan penyelamat untuk menariknya keluar.

Menurut jiran berhampiran, lubang itu digali sebagai asas cerucuk pembinaan oleh pekerja tapak. "Kami terus hubungi talian kecemasan bila nampak kejadian," katanya.

Kanak-kanak itu mengikuti arahan penyelamat dan berjaya dibawa keluar dalam masa kurang setengah jam. Dia mengalami kecederaan ringan pada lengan dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA